Remaja ditemukan rentung dalam kebakaran

Remaja ditemukan rentung dalam kebakaran

Mayat Agnes Jong Anak Adam, 15, ditemukan anggota bomba dalam kebakaran rumah dua tingkat di Ranau awal pagi tadi.

rentung
Keadaan rumah dua tingkat yang musnah dalam kebakaran di Kampung Lasing, Ranau awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang remaja perempuan ditemui rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Lasing, Ranau awal pagi tadi.

Mayat Agnes Jong Anak Adam, 15, ditemukan anggota bomba di bahagian ruang tamu rumah di tingkat bawah, dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu.

Difahamkan, ketika kejadian bapa saudara mangsa cuba untuk menyelamatkan mangsa namun gagal berikutan asap tebal dan api marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.36 pagi sebelum lapan anggota bomba dan sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran dilaporkan membabitkan sebuah rumah dua tingkat terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran dua pancutan dari sumber air jentera,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.

Katanya, bomba berjaya mengawal api pada 2.55 pagi dan mereka menemui mangsa yang rentung di tingkat bawah.

“Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokasi kebakaran dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 4.26 pagi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.