Seorang lagi ditahan kes pusat hiburan dilempar bom petrol

Seorang lagi ditahan kes pusat hiburan dilempar bom petrol

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan semalam dan akan direman sehingga Khamis, menurut polis.

baling bom
Menurut rakaman CCTV yang tular, kejadian sebuah pusat hiburan dilempar bom petrol oleh 4 lelaki pada Khamis lepas dipercayai berlaku kira-kira 2.18 pagi.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lagi lelaki berhubung kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, dilempar bom petrol pada awal pagi Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semalam dan akan direman sehingga Khamis.

Sementara itu, perintah reman terhadap empat suspek yang ditahan sebelum ini akan tamat esok. Rusdi berkata, reman mereka akan disambung agar polis dapat menyelesaikan siasatan.

Keempat-empat suspek terdiri daripada lelaki dalam lingkungan usia 20an.

“Motif kejadian kes ini masih dalam siasatan,” kata Rusdi dalam kenyataan.

Dalam kejadian dipercayai berlaku 2.18 pagi itu, menurut rakaman CCTV yang tular, empat lelaki menunggang dua motosikal berhenti di hadapan pusat hiburan tersebut dan melempar dua bom petrol sebelum melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api dan Seksyen 506 berhubung kesalahan ugutan jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.