
Menzahirkan komitmennya dalam perkara itu, beliau menegaskan kerjaya jururawat ialah tulang belakang dalam memastikan kelancaran sistem perkhidmatan kesihatan bagi rakyat.
“Selaku menteri kesihatan, saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan serta tugasan yang masih belum tuntas diselesaikan.
“Saya komited untuk tangani semua ini…berikan saya sedikit waktu,” katanya di Facebook.
Sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa hari ini, Dzulkefly turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga kejururawatan di Malaysia khususnya di Kementerian Kesihatan (KKM).
“Semoga warga kejururawatan terus maju dan berjaya dalam menjalankan amanah yang cukup mulia ini,” katanya.