
Sehubungan itu, beliau minta pengurusan dewan itu sentiasa peka dan tidak ingin mendengar sebarang alasan.
“Insiden ini cukup memalukan sehingga sidang dewan yang sedang bersidang terpaksa ditangguhkan.
“Saya mohon maaf kepada semua Yang Berhormat kerana terpaksa tangguhkan dewan sementara tadi,” katanya menurut Berita Harian ketika menyambung persidangan yang tergendala itu.
Insiden itu dilaporkan berlaku sebaik sahaja Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi selesai menjawab soalan pertama berkaitan isu Forest City diberi kelulusan kasino, sebelum berlaku gangguan elektrik dan teknikal di dewan utama.
Onn Hafiz yang diminta menyambung sesi soalan lisannya turut bergurau menyatakan seolah-olah ada unsur sabotaj kerana berlaku gangguan elektrik dan teknikal, sejurus beliau selesai menjawab isu panas berkaitan kasino di Forest City.
Puad dalam maklum balasnya meminta pengurusan dewan serta-merta mempertingkatkan kawalan keselamatan di premis Bangunan Sultan Ismail yang menempatkan DUN Johor
“Saya harap soal keselamatan dewan dipertingkatkan. Saya juga bimbang ada cubaan menceroboh dan sabotaj,” katanya.