Lantik segera arboris periksa pokok berisiko di Selangor, gesa wakil rakyat PJ

Lantik segera arboris periksa pokok berisiko di Selangor, gesa wakil rakyat PJ

Lee Chean Chung berkata pemeriksaan perlu dilakukan segera terhadap pokok berusia khususnya di kawasan padat penduduk dan sepanjang jalan utama.

pokok tumbang
Lee Chean Chung berharap kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Sultan Ismail, minggu lalu dapat dielakkan di Petaling Jaya dengan melakukan pemeriksaan segera. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang Ahli Parlimen PKR menggesa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) melantik arboris bertauliah untuk melakukan pemeriksaan terhadap pokok berisiko tinggi di kawasan pentadbirannya, susulan kejadian pokok berusia 50 tahun tumbang di Jalan Sultan Ismail, meragut satu nyawa, 7 Mei lalu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung berkata pemeriksaan menyeluruh perlu dilakukan segera khususnya terhadap pokok berusia dan beriko tinggi khususnya di kawasan padat penduduk dan sepanjang jalan utama.

“Sudah tiba masanya PBT di Selangor mengumumkan langkah yang bakal diambil untuk mencegah kemalangan pokok tumbang berlaku.

“Tindakan segera oleh semua pihak adalah keutamaan bagi mengelakkan berulangnya tragedi serupa,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang Selasa lepas, seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel susulan hujan lebat serta angin kuat di ibu kota.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.