
Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd Faizal Shamsudin, berkata semua yang ditahan melibatkan 27 lelaki warga Bangladesh, India (7), Nepal (3), Pakistan (2) dan China (1) berusia antara 19 hingga 42 tahun.
Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 246 warga asing dalam serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor itu.
“Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan susulan maklumat awam berhubung warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah tinggal di negara ini.
“Semua warga asing yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa,” katanya, menurut Sinar Harian.
Katanya, semua yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“Kita akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) yang melanggar undang-undang.
“Kita juga menyeru Pati yang layak agar menyertai Program Repatriasi Migran yang akan tamat pada 31 Disember 2024 yang bertujuan dihantar pulang ke negara asal secara sukarela,” katanya.