
Ketua Polis Johor M Kumar berkata, hasil intipan Unit Risik Marin PPM Wilayah Dua Pengerang, karton-karton yang mengandungi 914,600 batang rokok itu dirampas dalam serbuan pada 9 malam, 7 Mei lepas.
Menurutnya, sindiket itu dipercayai menyeludup masuk rokok dari negara jiran menggunakan jalan laut.
“Kegiatan sindiket ini dihidu sejak dua atau tiga minggu lepas. Sindiket berkemungkinan membawa (seludup) beberapa kali dengan menunggu air pasang untuk mendaratkan rokok berkenaan.
“Dipercayai lokasi (pemunggahan) rokok dibuat secara berpindah randah,” katanya pada sidang media hari ini, lapor Bernama.
Kumar berkata, seorang lelaki dikesan berada di lokasi itu namun berjaya melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Sebuah kereta Perodua Kembara turut disita, tambahnya.
Kes disiasat mengikut 135(1)(D) Akta Kastam 1967.
Kumar berkata, sejak awal Januari sehingga hari ini, pihaknya merampas pelbagai jenis arak serta rokok bernilai RM4.1 juta
Jumlah itu berkurangan sedikit berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu RM5.9 juta, katanya.