PRK KKB: 44.6% keluar mengundi setakat 2 petang

PRK KKB: 44.6% keluar mengundi setakat 2 petang

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka hingga 6 petang kecuali pusat mengundi di SJKC Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi akan ditutup pada 2 petang.

SKJC Khing Ming KKB PRK
Pengundi layak menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu hari ini.
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencecah 44.6% setakat 2 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi hingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 9 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.