PRK KKB: 26% keluar mengundi setakat 11 pagi

PRK KKB: 26% keluar mengundi setakat 11 pagi

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

SKJC Khing Ming KKB PRK
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa pengundi dengan menggunakan kerusi roda untuk mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Khing Ming, Kuala Kubu Bharu.
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencecah 26% setakat 11 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.