PH mendahului di KKB lebih 3,000 undi

PH mendahului di KKB lebih 3,000 undi

Calon PH Pang Sock Tao memperoleh 7,669 undi meninggalkan calon PN Khairul Azhari Saut yang mendapat 4,263 undi.

ph
Menurut keputusan tak rasmi, Pakatan Harapan mendahului PRK Kuala Kubu Baharu.
PETALING JAYA:
Pakatan harapan (PH) semakin mendahului PRK Kuala Kubu Baharu dengan lebih 3,000 undi.

Dengan memperoleh 7,669 undi setakat 7.30 malam, calon PH Pang Sock Tao mendahului calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut yang memperoleh 4,263 undi, menurut keputusan tak rasmi.

Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas Nyau Ke Xib masing-masing mendapat 72 dan 101 undi.

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan keluar mengundi pada 4 petang tadi, dua jam sebelum pengundian ditutup mencecah 55.79%.

Kerusi itu kosong susulan kematian penyandang Lee Kee Hiong, 58, dari DAP pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada PRN pada Ogos lalu, Lee menewaskan calon dari PN, PRM dan Muda dengan majoriti 4,119 undi sekali gus mengekalkan kerusi itu untuk penggal ketiga.

Keputusan rasmi PRK berkenaan dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya seawal 9 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.