Beli MyKad palsu RM500, 3 Pati ditahan

Beli MyKad palsu RM500, 3 Pati ditahan

Bahagian Penguat Kuasa JPN berkata Pati itu dipercayai memiliki MyKad palsu dan dokumen pengenalan individu lain antara dua minggu hingga enam bulan.

Tiga warga Filipina berusia 19 hingga 50 tahun ditahan di Pulau Indah dalam operasi kira-kira 1 pagi tadi.
PETALING JAYA:
Tiga pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan di Pulau Indah, Klang kerana memiliki kad pengenalan palsu yang dibeli pada harga RM500.

Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, dalam operasi kira-kira 1 pagi tadi, tiga warga Filipina berusia 19 hingga 50 tahun itu mengakui membeli MyKad daripada ejen.

Katanya, ada juga suspek mendakwa meminjam kad pengenalan daripada kenalan lain bagi tujuan mencari kerja di Malaysia.

“Mereka dipercayai menggunakan MyKad palsu dan pengenalan diri orang lain bagi mendapatkan pekerjaan di Malaysia,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurutnya Pati itu dipercayai memiliki MyKad palsu dan dokumen pengenalan individu lain antara dua minggu hingga enam bulan.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.