
Adun Selat Klang mendakwa, Perlembagaan Bersatu tidak menyebut keahlian tergugur automatik jika menyertai kempen PH sambil menegaskan beliau masih ahli parti itu.
“Saya sertai ceramah kempen kerajaan perpaduan tidak menyalahi perlembagaan parti sebab dalam perlembagaan, bahagian yang mengatakan keahlian tergugur secara automatik tiada kaitan dengan ceramah, tidak disebut larangan sertai ceramah.
“Keahlian akan gugur secara automatik apabila keluar parti, masuk parti lain, saya masih lagi ahli,” katanya kepada FMT.
Justeru, Rashid akan terus berkempen membantu calon PH Pang Sock Tao dan sedia berdepan apa sahaja tindakan termasuk mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada PRK.
Semalam, Hamzah mendakwa susulan perkembangan itu Rashid dan Zulkafperi perlu mengosongkan kerusi DUN dan Parlimen bagi membolehkan PRK diadakan.
Katanya, surat status keahlian mereka akan diserahkan selepas pengesahan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) minggu depan.
Mac lalu, Rashid menyatakan sokongan kepada pentadbiran kerajaan perpaduan Selangor diketuai Menteri Besar Amirudin Shari.
Terdahulu, Zulkafperi bersama lima lagi Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Anwar Ibrahim iaitu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).