Bekas polis, pelukis pelan direman berkait rompak bersenjata

Bekas polis, pelukis pelan direman berkait rompak bersenjata

Dua suspek ialah bekas anggota polis yang dibuang kerja pada 2021 dan seorang lagi bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah jabatan kerajaan.

Polis menahan lelaki terbabit selepas menerima tiga laporan berkaitan kes samun berkawan menggunakan senjata menyerupai sepucuk pistol.
MELAKA:
Tiga anggota Geng Bacin direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan tiga kes rompakan di sekitar Melaka Tengah pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Polis Melaka Zainol Samah berkata dua daripada suspek berumur 33 hingga 38 tahun itu ialah bekas anggota polis yang dibuang kerja pada 2021, manakala seorang lagi bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah jabatan kerajaan.

“Semua suspek ditahan antara 3 petang dan 7.30 malam di sekitar Tehel, Jasin pada 7 Mei selepas polis menerima tiga laporan berkaitan kes samun berkawan menggunakan senjata menyerupai sepucuk pistol melibatkan tiga premis kedai runcit dan beg.

“Kes samun itu dilaporkan berlaku di sekitar Telok Mas, Krubong dan Taman Tambak Paya Harmoni pada 6 dan 7 Mei lepas dengan anggaran kerugian RM1,150,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata polis turut merampas satu objek menyerupai pistol, parang dan pisau, dua kereta, sebuah motosikal dan empat telefon bimbit pelbagai jenama.

Katanya siasatan awal mendapati semua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah dan ujian saringan air kencing mereka positif methamphetamine.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.