
Kemalangan itu mengakibatkan Che Roslan Abdul Manan, 58, dan Siti Aesah Abu Bakar, 67, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Marang Mohd Razman Setapa, berkata nahas berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa bertembung kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandu lelaki berusia 24 tahun.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pasangan yang bekerja sebagai peniaga itu keluar secara tiba-tiba dari satu simpang, sehingga menyebabkan pemandu kenderaan itu tidak sempat mengelak.
“Kejadian berlaku semasa 4WD dari arah Kuala Berang ke Kuala Terengganu itu sampai di lokasi kejadian…pemandu kenderaan tidak sempat mengelak lalu terlanggar sisi sebelah kanan motosikal,” katanya kepada Bernama.
Razman berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut, dengan mayat dihantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.