
KPDN Labuan berkata, sepasukan penguat kuasanya mengesan pasar raya itu menjual coklat tertera “No Palm Oil” atau “Palm Oil Free” dalam pemeriksaan pagi semalam.
“Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM23,704.90,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.
Kes disiasat di bawah Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-barang Minyak Sawit) 2022 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.
Minggu lalu, KPDN menyerbu sebuah kedai serbaneka di Presint 3, Putrajaya kerana disyaki menjual aiskrim berlabel “No Palm Oil” berjumlah RM897.60 pada plastik pembungkusannya.