2 individu guna gambar Agong kempen PRK KKB didakwa hari ini

2 individu guna gambar Agong kempen PRK KKB didakwa hari ini

Individu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Agong perdana menteri pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu.
KUALA LUMPUR:
Dua individu yang ditahan kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada sebuah kenderaan dalam kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu Ahad lalu akan didakwa di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata kedua-dua individu yang berusia 66 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.

“Pertuduhan terhadap dua individu dibuat selepas kertas siasatan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya semalam,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Kedua-dua individu terbabit direman tiga hari bermula 5 Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.