Skuad hoki Malaysia bangkit tewaskan Kanada

Skuad hoki Malaysia bangkit tewaskan Kanada

Anak buah Sarjit Singh berpesta gol 6-2.

national men’s hockey
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah hari ini menyaksikan Speedy Tigers bangkit selepas Kekalahan semalam. (Gambar Bernama)
IPOH:
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30.

Skuad Speedy Tigers yang kalah 4-5 kepada Pakistan semalam, dikejutkan pada minit ke-12 oleh gol Devohn Noronha-Teixeira di Stadium Hoki Azlan Shah, namun segera menyamakan kedudukan menerusi Mohamad Fitri Saari seminit kemudian.

Malaysia selaku pasukan ke-13 dunia kemudian mengubah permainan menerusi jaringan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-14 dan Azimuddin Syakir Kamaruddin, yang menolak bola ke dalam jaring pada minit ke-19 untuk mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Malaysia menambah dua gol lagi melalui Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi pada minit ke-31, namun pasukan ke-19 dunia dari Kanada merapatkan jurang menerusi Avjot Buttar pada minit ke-42.

Anak buah Sarjit Singh meneruskan pesta gol menerusi pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-48 dan ‘reverse stick’ daripada Faizal Saari seminit kemudian.

Faizal turut meraih gelaran pemain terbaik perlawanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.