
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata jurulatih Shahrul Imran Surea, 26, yang beralamat di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur disyaki patah kaki kanan, manakala Ho Jia Lee, 20, beralamat di Lahat, Perak mengalami bengkak muka di sebelah kanan.
“Pesawat adalah dari Syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd, Ipoh.
“Pesawat bergerak dari Ipoh ke Tg Karang pada 7.59 pagi tadi untuk latihan penerbangan, kemudian berpatah balik ke Ipoh dan terhempas di lokasi pukul 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba Perak Sayani Saidon berkata kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.
“Kita terima panggilan kecemasan pada 9.46 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan bantuan BBP Bidor telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari jalan besar,” katanya.
Terdahulu, video kejadian itu tular melalui aplikasi WhatsApp.