SPRM tahan pegawai kanan agensi kerajaan buat tuntutan palsu

SPRM tahan pegawai kanan agensi kerajaan buat tuntutan palsu

Lelaki berusia lingkungan 40an itu dikatakan membuat beberapa tuntutan palsu sejak tahun lepas.

Seorang pegawai kanan Kada ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan semalam kerana dipercayai membuat tuntutan palsu sejak tahun lepas.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40an yang berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

“Pegawai terbabit dipercayai melakukan pemalsuan itu tahun lepas dan juga tahun ini, yang berkaitan dengan pelbagai program anjuran Kada,” kata sumber, lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, lelaki tersebut telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah reman supaya siasatan lanjut dapat dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.