

Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias, berkata Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan tahanan reman itu pagi ini dan kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 4 petang semalam bagi membantu siasatan, lapor Bernama.
Difahamkan, siasatan dijalankan susulan beberapa aduan tahun lalu berkaitan pemberian rasuah sebagai balasan membantu syarikat memperoleh kerja perkhidmatan dan pembekalan.
Kedua-dua mereka juga dipercayai terlibat kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berhubung permohonan sumbangan bagi satu program berjumlah RM3.3 juta, sedangkan ia tidak dilaksanakan sepenuhnya.