Sarawak sasar jadi penyumbang KDNK ke-2 terbesar menjelang PRN, kata Abang Jo

Sarawak sasar jadi penyumbang KDNK ke-2 terbesar menjelang PRN, kata Abang Jo

Premier Sarawak percaya negeri itu boleh mengatasi sumbangan Selangor melalui perancangan strategik dan usaha bersepadu.

meow
Sarawak kini penyumbang KDNK ketiga terbesar selepas Kuala Lumpur dan Selangor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sarawak menetapkan sasaran untuk menjadi penyumbang kedua terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebelum PRN akan datang, kata Premier Abang Johari Openg.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abang Johari berkata, Sarawak kini merupakan penyumbang KDNK ketiga terbesar setelah mengatasi Johor.

Menurut laporan itu, katanya, Kuala Lumpur penyumbang terbesar, diikuti Selangor.

“Kita perlu yakin dan mengatur strategi supaya KDNK kita tinggi, dan saya yakin kita mampu mengatasi Selangor,” katanya, lapor Borneo Post.

“Sama ada kita boleh mencapainya atau tidak, terpulang kepada kita untuk mengatur strategi ekonomi, dan inilah yang kita sasarkan sebelum PRN akan datang.”

Tambahnya, strategi ekonomi kerajaan bertujuan menunjukkan kepada rakyat Sarawak bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak mengemudi pembangunan negeri ke arah yang betul.

PRN Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada 15 April 2027.

Menurut strategi pembangunan pasca-Covid-19 negeri, Sarawak menyasarkan untuk mencapai KDNK kasar sebanyak RM282 bilion menjelang 2030.

Negeri itu mencapai rekod hasil RM13.1 bilion pada 2023, mengatasi RM11.9 bilion pada tahun sebelumnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.