Henti operasi pasar malam waktu Maghrib di Kedah hanya libat peniaga Islam

Henti operasi pasar malam waktu Maghrib di Kedah hanya libat peniaga Islam

Masa untuk henti perniagaan dalam tempoh 10 minit sebelum Maghrib dan 10 hingga 15 minit selepas Maghrib.

Pemberhentian sementara operasi perniagaan pasar malam pada waktu Maghrib di Kedah akan dikuatkuasakan bermula 1 Mei, dan hanya babit peniaga beragama Islam.
SUNGAI PETANI:
Pemberhentian sementara operasi perniagaan pasar malam pada waktu Maghrib yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Mei di Kedah hanya membabitkan peniaga beragama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mansor Zakaria, berkata penguatkuasaan peraturan ini selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah yang bersidang pada 21 Feb lepas.

“Penguatkuasaan peraturan itu hanya membabitkan aktiviti perniagaan pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan atau pihak swasta.

“Peniaga bukan Islam khususnya di pasar malam yang dianjurkan di kawasan sekitar rumah ibadat bukan Islam atau waktu perayaan bukan Islam, tidak tertakluk kepada peraturan berkenaan,” katanya pada sidang media.

Mansor berkata masa untuk memberhentikan perniagaan dalam tempoh 10 minit sebelum Maghrib dan 10 hingga 15 minit selepas Maghrib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.