2 kilang cat di Kapar hangus dijilat api

2 kilang cat di Kapar hangus dijilat api

Setakat ini, tiada kehilangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan, menurut Bomba Selangor.

kilang cat
Ketika bomba tiba, api sedang marak dan sebahagian besar bangunan kilang-kilang cat terbabit sudah dijilat api. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua kilang cat di Taman Perindustrian Meru, Kapar, musnah dalam sebuah kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Makhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 pagi.

Seramai 39 anggota daripada beberapa balai bomba, termasuk Kapar, Andalas, Pelabuhan Klang, Shah Alam dan Rawang, kemudian dikerah ke tempat kejadian.

“Semasa (kami) tiba, api sedang marak dan sebahagian besar bangunan sudah dijilat api,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini, tiada kehilangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan,dan punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.