
Sumber berkata, pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, di mana syarikat terbabit mempunyai kepentingan dengan anaknya.
Menurutnya, projek itu juga dipercayai dimonopoli anak pemimpin terbabit menggunakan beberapa lesen syarikat di bawah kawalannya.
“Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan dari Januari 2023 hingga Mac 2024 dan syarikat tersebut turut disyaki mengemukakan dokumen mempunyai butiran matan palsu bagi kerja tersebut, selain diberikan komisen kira-kira 5% daripada nilai projek.”
Setakat ini, katanya, 15 syarikat dikenal pasti dikawal anak pemimpin itu dan antara kerja dilakukan membabitkan pembekalan air mineral, hamper dan cenderahati.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara itu.