SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu

SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu

Bilik gerakan 24 jam bermula hari ini itu ditubuhkan untuk menerima aduan orang ramai mengenai salah laku pada pilihan raya.

Bilik gerakan 24 jam bagi PRK Kuala Kubu Baharu di bangunan SPRM Selangor, Shah Alam, beroperasi mulai hari ini. (SPRM pic)
HULU SELANGOR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Bilik gerakan SPRM yang ditempatkan di bangunan SPRM Selangor di Shah Alam beroperasi 24 jam bermula hari ini sehingga 11 Mei, katanya.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel [email protected] atau menghubungi talian 03-5528318 atau 03-55256500,” menurut SPRM dalam kenyataan.

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan kegiatan yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.