
Katanya, naib canselor universiti itu perlu menjelaskan perkara itu memandangkan peraturan kerajaan melarang individu bankrap menyertai perkhidmatan awam.
“Universiti XX, tolong jelaskan. Jangan memalukan universiti,” katanya dalam catatan Facebook tanpa menamakan universiti terbabit.
Menurutnya, beliau akan memfailkan aduan rasmi lebih khusus.
Rafidah turut mendakwa ahli akademik itu belum berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia tahun ini, syarat untuk doktor mengamalkan perubatan secara sah.
Beliau bertanya sama ada rakyat Malaysia sedia dirawat atau dibedah doktor yang tidak dibenarkan mengamalkan perubatan secara sah dan individu bankrap yang belum menjelaskan hutang tertunggak.
Sementara itu, seorang jurucakap universiti terbabit memberitahu FMT, siasatan sedang dijalankan dan pengumuman akan dibuat pada Isnin.
FMT sudah meminta maklum balas Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir.
Status ahli akademik itu dibangkitkan di media sosial selepas beliau ditemu bual sebuah portal berita baru-baru ini.
Semakan di Jabatan Insolvensi mengesahkan ahli akademik itu diisytiharkan bankrap pada 2014 dan status itu kekal setakat Khamis lalu.
FMT menghubungi ahli akademik itu pada Rabu lalu.