
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris menegaskan keputusan itu tidak dibuat secara mengejut.
“Itu ada perbincangan, bukan mengejut,” katanya kepada FMT.
Terdahulu dalam laporan FMT, seorang seorang pemimpin sayap Bersekutu Bersatu mendakwa timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahlinya selepas PN menerima MIPP sebagai parti komponen pada Isnin.
Mempertikaikan kenyataan Presiden MIPP, P Punithan, bahawa kemasukan parti itu mencerminkan komitmen PN untuk membela komuniti India, pemimpin yang minta tidak dinamakan itu memberitahu FMT bahawa kemasukan parti itu “sekadar satu latihan penjenamaan”.
Beliau mendakwa, secara keseluruhan pemimpin sayap itu terutama dari kaum India kecewa dengan perkembangan itu.
Razali enggan mengulas lanjut dakwaan itu kerana bersandarkan kenyataan sumber.