Anwar doa Pak Lah sembuh

Anwar doa Pak Lah sembuh

Perdana menteri kelima itu dimasukkan ke IJN sejak petang semalam akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mendoakan bekas perdana menteri kelima itu diberi afiyah dan dipermudahkan urusan.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan Abdullah Ahmad Badawi yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana menteri kelima itu dimasukkan ke IJN sejak petang semalam, akibat “small spontaneous pneumothorax” atau kekurangan oksigen dalam badan.

“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” kata Anwar dalam catatan media sosial.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin memaklumkan bapa mentuanya dimasukkan ke IJN sejak petang semalam dan dalam keadaan baik.

“Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan mash berada di CCU IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya,” katanya dalam catatan di IG Story Instagram.

Pada September 2022, Khairy pertama kali mendedahkan mengenai penyakit demensia dihidapi Abdullah, atau lebih mesra dipanggil Pak Lah.

Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno, berkata Abdullah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif sejak 2009 selepas beliau berundur sebagai perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.