
Rajpal Singh yang mewakili Yong selaku peguam berkata, notis rayuan difailkan pada 5 Mac lepas.
“Mahkamah belum menetapkan tarikh pengurusan kes bagi rayuan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 1 Mac lepas, panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hadhariah Syed Ismail dalam keputusan majoriti 2-1, mengekalkan sabitan bersalah terhadap Yong.
Turut bersidang, Azman Abdullah, yang bersetuju dengan Hadhariah, dan SM Komathy Suppiah, yang menentang keputusan itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh hukuman penjara Yong daripada 13 tahun kepada lapan tahun.
Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Yong bersalah merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di rumahnya di Ipoh pada 7 Julai 2019.
Dia didapati bersalah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.