
Sukry Wahab dan Hafiszan Naser kedua-duanya berusia 29 tahun menukar pengakuan bersalah mereka yang dibuat pada bulan lalu, selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fuad Othman hari ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.
Mengikut tuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa memiliki 49 unit sumbu square-lipped rhinoceros (Ceratotherium simum) dan satu unit sumbu black rhinoceros (diceros bicornis).
Barangan itu ditemui bersama tertuduh di dalam sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan Bulatan Masjid KLIA kira-kira jam 9.15 malam, 9 Sept 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendawa Raya dari Jabatan Perhilitan Wan Nur Muhammad Ehsan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Aqeeb Lizalman.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 11, 12 dan 25 September ini sebagai tarikh perbicaraan. Seramai tujuh saksi dijadual akan memberi keterangan.