
Sinar Harian melaporkan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas Oo Saw Kee, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, menggunakan air panas.
Mengikut kertas pertuduhan, kejadian itu berlaku dalam sebuah lif pangsapuri I-Park kira-kira 9.24 pagi 19 April lalu.
Jurujual itu didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya negeri Mohd Nordin Ismail manakala peguam Edric Loo mewakili tertuduh secara pro bono.