
Pengarah APM Negeri Sembilan Mohd Nazri Mes Kam berkata, Muhammad Afiq Ammar, 25, rebah ketika menjalani latihan sebagai calon pemilihan anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa).
“Anggota ini rebah semasa sesi larian kira-kira 7km, kemudian mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson.
“Setelah keadaan kesihatannya semakin merosot, beliau dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini,” katanya, lapor Bernama.
Jenazah disolatkan di surau Pejabat Negeri Pertahanan Awam negeri dan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Terang, Balik Pulau Pinang hari ini.
Menurut Mohd Nazri, kursus disertai anggota itu bermula 9 hingga 10 Mac, melibatkan beberapa anggota APM di seluruh negeri.