Pukul guru wanita, polis tahan rakan sekerja

Pukul guru wanita, polis tahan rakan sekerja

Polis berkata, mangsa mendakwa ditumbuk dan disepak suspek di kawasan kantin sekolah pada 6.55 pagi Ahad.

Polis menahan guru lelaki berusia 49 tahun itu di kuarters guru kira-kira 9.30 malam Ahad.
PETALING JAYA:
Seorang guru lelaki ditahan kerana disyaki memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah dekat Kemaman semalam.

Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata suspek 49 tahun itu ditahan di kuarters guru kira-kira 9.30 malam Ahad dan dibawa ke IPD Kemaman untuk tindakan lanjut.

Mazli Mazlan
Mazli Mazlan.

Menurutnya, penahanan itu menyusul laporan mangsa yang juga guru wanita di Balai Polis Air Putih pada 8.20 pagi semalam.

“Mangsa yang juga guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun memaklumkan ditumbuk dan disepak suspek di kawasan kantin sekolah pada 6.55 pagi,” katanya menurut Berita Harian selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang guru wanita cedera dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di Kemaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.