Hassan ketuai jawatankuasa penasihat dasar PM

Hassan ketuai jawatankuasa penasihat dasar PM

Badan itu ditubuhkan susulan susulan berakhirnya Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) yang tamat Feb lalu.

Hassan Marican turut mengetuai Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) yang tempohnya tamat Feb lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas pengerusi Petronas Hassan Marican dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada perdana menteri yang akan memberi nasihat berkait pembangunan dan daya tahan ekonomi negara.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata badan ditubuhkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu susulan berakhirnya Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) yang tamat Feb lalu, turut dipengerusikan Hassan.

Menurutnya, jawatankuasa baharu itu juga mengekalkan tiga daripada empat anggota (ACFIN) iaitu Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd (FVSB) Sdn Bhd Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah Nungsari Ahmad Radhi.

“Jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya.

PMO turut berkata cadangan dikemukakan ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya kerajaan.

“Sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.