PRK KKB: Kerajaan perpaduan ada kaedah pastikan calon menang

PRK KKB: Kerajaan perpaduan ada kaedah pastikan calon menang

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan.

Zahid Hamidi berkata setiap parti dalam kerajaan perpaduan ada kaedah tersendiri untuk memastikan kemenangan calon. (Gambar Bernama)
BAGAN DATUK:
Parti-parti dalam kerajaan perpaduan mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan calonnya memenangi PRK Dun Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan Rabu lepas.

“Sudah pasti setiap parti dalam kerajaan perpaduan ada kaedah tersendiri untuk memastikan kemenangan calon,” kata Zahid yang juga presiden Umno kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk malam tadi.

Rumah terbuka di Kompleks Umno Bagan Datuk itu dihadiri lebih 8,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lepas.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA dan Presiden MIC SA Vigneswaran mengumumkan parti masing-masing tidak akan sertai kempen PRK Kuala Kubu Baharu jika calon bukan daripada BN.

DAP akan mengumumkan calon yang akan mewakili PH pada Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.