
Walaupun kejadian itu dirakam menerusi CCTV, belum ada tangkapan dibuat.
Timbalan Ketua Polis Barat Daya Jafri Md Zain, berkata polis pada awalnya menerima laporan daripada adik mangsa mendakwa abangnya disimbah asid oleh suspek.
“Rawatan di Hospital Pulau Pinang mengesahkan lelaki terbabit melecur di sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan bukan disebabkan simbahan asid, tetapi air panas.
“Mangsa kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa mahu pulang ke rumahnya di tingkat 16, yang mana ketika itu hanya mangsa dan jirannya sahaja berada dalam lif.
“Polis sudah mengenal pasti suspek wanita yang disyaki tinggal di kejiranan mangsa, namun belum ada tangkapan dibuat.
“Punca kejadian tidak dapat dipastikan kerana mangsa tidak pernah bertegur dengan suspek dan tidak pernah ada perselisihan faham,” katanya yang turut menjelaskan siasatan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.