Pekerja maut jatuh dalam mesin bancuh simen

Pekerja maut jatuh dalam mesin bancuh simen

Kes diklasifikasikan mati mengejut.

Lelaki berusia lingkungan 50-an maut selepas terjatuh dalam mesin pembancuh simen dalam kejadian di Seksyen 35, Shah Alam, hari ini. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Mayat pekerja kilang ditemui terapung dalam mesin pembancuh simen dengan kepala terputus di sebuah kilang membuat batu blok di Seksyen 35, Shah Alam.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata hasil pemeriksaan forensik mendapati mangsa dipercayai terjatuh dalam tangki dan terkena bilah pada mesin pembancuh simen menyebabkan tangan sebelah kanan dari paras siku turut terputus.

Katanya, tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh mangsa yang menjurus kematian.

“Identiti si mati dikenal pasti oleh waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan.

Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dengan kes disiasat bawah kematian mengejut (SDR).

Sementara itu, bomba dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia lingkungan 50-an.

“Komander operasi lapor terdapat seorang lelaki pekerja kilang lingkungan umur 50-an terjatuh ke dalam ‘dround tank’,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.