
Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin berkata, kanak-kanak itu dijumpai semula lebih kurang sejam setengah selepas hilang di kawasan rumahnya di Jeram, Kuala Selangor.
Beliau berkata, tindakan mengesan kanak-kanak itu dimulakan selepas polis menerima laporan pada hari sama, sebelum kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
“Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak yang berada di luar rumah pada musim perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun dilarikan kereta berwarna hitam ketika bermain di depan rumahnya.