
Mohd Affan Mohd Aris berkata, yang sepatutnya bekerja pada hari kejadian ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Hari Raya.
Katanya, Along sempat menghantar gambar ketika dia mula bertugas, di dalam kumpulan WhatsApp syarikat sekuriti tempat mereka bertugas.
“Ini dia (Along) sempat hantar gambar ‘badge’ (lencana) kerja pada 12.48 pagi dengan menulis ‘bertugas mengejut malam ini’,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Cyberjaya.
Affan berkata, Along juga tidak sempat membalas usikan seorang lagi rakan yang bertanya dalam kumpulan WhatsApp mereka sama ada dia memerlukan bantuan tambahan kerana bekerja sewaktu musim perayaan.
Sementara itu rakan sekerja Along, Nurhafiza Azizan yang sepatutnya bertugas malam itu, berkata dia mungkin tidak akan dapat mengawal keadaan sebagaimana dilakukan Along sekiranya dirinya bertugas semalam.