
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.
Menurut Fared lagi, pihaknya telah melaksanakan pemantauan sehari sebelum Aidilfitri berikutan aduan orang awam, selain ia tular di media sosial.
“Pengurusan pasar raya sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam,” katanya lapor Berita Harian.
Sebelum ini tular pengguna media sosial memuat naik gambar alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat.
Pengguna itu terkejut apabila mengamati gambar tertera adalah Kaabah atau Baitullah al-Haram yang menjadi kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Makkah.