Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

Perhilitan memaklumkan mangsa dari Felda Bersia di Gerik itu patah rusuk, tulang kaki kiri dan mengalami pendarahan kepala.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, terdapat 12 orang dekat lokasi kejadian, tetapi hanya mangsa diserang gajah disebabkan dia sahaja yang ke sungai. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki parah dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di Gerik.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan insiden pada 7 malam Khamis itu menyebabkan mangsa dari Felda Bersia di Gerik itu patah rusuk, tulang kaki kiri dan mengalami pendarahan kepala.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada dekat sungai.

“Mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai, namun ketika itu sudah senja sekitar 7 malam.

“Berdasarkan maklumat diterima, ketika kejadian, terdapat 12 orang dekat tempat kejadian, tetapi cuma dia seorang yang kena (diserang gajah) disebabkan dia sahaja yang ke sungai,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Gerik dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.