Lelaki maut, wanita parah BMW terbakar di Lebuhraya Duke

Lelaki maut, wanita parah BMW terbakar di Lebuhraya Duke

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, punca kebakaran kereta itu belum dikenal pasti.

Keadaan BMW 17 yang 100% terbakar selepas terbabas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang dekat Taman Setiawangsa semalam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas kereta mereka dipercayai terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dekat Taman Setiawangsa semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak digerakkan selepas menerima panggilan pada 2.13 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah BMW 17 dan didapati 100% terbakar,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian, manakala seorang wanita yang parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan punca kebakaran belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.