2 suspek cuba rompak kedai emas diburu

2 suspek cuba rompak kedai emas diburu

Kedua-dua suspek lelaki itu disyaki terbabit dalam cubaan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di Machang, Kelantan semalam.

Ketua Polis Machang Ahmad Shafiki Hussin berkata terdapat empat individu berada dalam premis cubaan rompakan itu namun tiada kerugian atau kecederaan dilaporkan.
MACHANG:
Polis sedang memburu dua lelaki disyaki terbabit dalam cubaan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di sini semalam.

Ketua Polis Machang, Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai mengenai kejadian itu kira-kira 2.20 petang selepas kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15 berwarna biru dan tiada nombor pendaftaran.

“Cubaan rompak bersenjata api itu melibatkan dua lelaki yang berpakaian serba hitam, berseluar jean, memakai topi dan pelitup muka serta bersarung tangan.

“Semasa kejadian terdapat saksi yang cuba menangkap kedua-dua suspek tetapi gagal apabila mereka melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat empat orang berada dalam premis tersebut iaitu pemilik kedai dan dua ahli keluarganya serta dua pekerja dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan selain tiada kerugian dialami.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.