Pemandu dipukul dalam kejadian langgar 3 warga Pakistan lapor polis

Pemandu dipukul dalam kejadian langgar 3 warga Pakistan lapor polis

Polis terima laporan daripada pemandu yang dipukul orang awam dalam kejadian langgar yang menyebabkan kematian di Teluk Intan.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dibuka bagi menyiasat kejadian pukul susulan kemalangan yang menyebabkan kematian tiga orang.
PETALING JAYA:
Polis menerima laporan daripada pemandu yang dipukul orang awam dalam kejadian langgar yang menyebabkan kematian tiga orang di Teluk Intan, Perak semalam.

Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu membuat laporan pada kira-kira 1 petang tadi.

“Kejadian pukul itu dikatakan berlaku sejurus kemalangan dan reda sebaik sahaja polis tiba di lokasi kejadian,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Lelaki itu cedera di kepala dalam kejadian tersebut, katanya lagi, dan polis telah kenal pasti empat individu terlibat yang dipercayai dalam kalangan rakan mangsa yang terselamat.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

Dalam perkembangan sama, pemandu berkenaan direman selama empat hari sehingga Ahad.

Media semalam melaporkan tiga lelaki warga Pakistan dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri meninggal dunia akibat kecederaan parah, selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor.

Suspek terbabit, yang didapati positif ganja, dilaporkan akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya di Mahkamah Majistret Teluk Intan, esok.

Manakala kertas siasatan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian akan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.