
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan tiada kompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan menghina Islam.
Katanya, Jakim sudah diarahkan memanggil pihak berkaitan pada esok bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk polis.
“Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan.
Tular hari ini, apabila seorang lelaki mendakwa sepasang kasut dibeli buat isteri memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.
Sebelum ini, KK Super Mart dikecam susulan penemuan stoking tertera kalimah Allah di sebuah cawangannya di Bandar Sunway.