
PETALING JAYA: Bersatu melantik Radzi Manan sebagai pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang baharu, menggantikan Fadzilah Mohd Pilus.
Abdul Azim Mohd Zabidi pula dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), menurut Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dalam kenyataan.
“Bersatu percaya pengalaman, keupayaan dan komitmen mereka mampu memperkukuhkan organisasi parti melalui usaha-usaha berterusan yang proaktif bagi memperkasa disiplin serta integriti ahli Bersatu secara keseluruhan,” katanya.
Terdahulu, Fadzilah dilantik mengetuai Lembaga Disiplin Bersatu pada Januari, menggantikan Megat Najmuddin Megat Khas selepas parti itu mengumumkan rombakan kepimpinannya.