
Katanya, sebahagian kakitangan syarikat itu turut ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 31 Mac.
“Sudah dimaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju. Penamatan operasi (KAHB) sepatutnya buat lama dah, bukan baru tetapi sudah terlewat kita buat juga. Ini bukan ditutup tetapi ditamatkan operasi kerana KAHB ada aset, ada hutang dengan orang lain dia tak boleh tutup.
“Kita tamatkan operasi dan berhentikan sebahagian daripada kakitangan. Kena adalah orang (pekerja lain) nak bayar hutang, aset dan liabiliti ada, kena ada orang tunggu,” katanya menurut Kosmo di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau mengulas tentang penularan satu surat penamatan perkhidmatan salah seorang daripada kakitangan KAHB berkuat kuasa 31 Mac di media sosial, baru-baru ini.
Sanusi menjelaskan, kerajaan negeri kekal dengan keputusan untuk tidak menyelamatkan syarikat berkenaan yang dikatakan mempunyai masalah kewangan.
Pada 13 Mac, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata notis oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah dikeluarkan kepada KAHB berhubung tunggakan gaji 24 pekerja.
Katanya, pihaknya memantau kes melibatkan syarikat itu, sambil menyatakan syarikat itu tidak membayar gaji 24 pekerja sejak September lalu.
Kedah Agro Holdings adalah anak syarikat milik MBI Kedah.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah Zafir Annuar Ghazali, berkata KAHB ada menerima tawaran “projek perniagaan” dengan sejumlah pendapatan diterima kelak akan segera diguna membayar gaji kakitangan tertunggak.