PM sasar noktah miskin tegar di P Pinang pada Jun

PM sasar noktah miskin tegar di P Pinang pada Jun

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu bantu keluarga miskin membuka perniagaan kecil.

Anwar Ibrahim bercakap di Pusat Islam UiTM di Permatang Pauh.
BUKIT MERTAJAM:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyasarkan Jun ini bagi kerajaan Pulau Pinang bersama agensi persekutuan mengeluarkan 150 keluarga daripada senarai miskin tegar.

Katanya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan agenda itu sebagai keutamaan.

“Tapi saya kata ikut urusan keutamaan dari senarai ketua pengarah ICU tadi ada 150 masih di bawah kemiskinan tegar. Ya dan ini boleh kita selesaikan dan saya katakan dalam tempoh terdekat, kalau boleh pada Jun, Pulau Pinang akan mendapat menoktahkan kemiskinan tegar,” katanya ketika berucap di Kampus UiTM di Permatang Pauh.

Anwar berkata, beliau mahu membantu kumpulan miskin tegar membuka perniagaan kecil di Pulau Pinang, langkah sama ketika membantu memulihkan 90% peniaga kecil dan penjaja di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, beliau mengarahkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada Pulau Pinang membantu peniaga kecil, supaya golongan itu tidak rasa dipinggirkan.

Dalam pada itu, sejajar pertumbuhan populasi, lebih banyak perlu dilaksanakan untuk menyediakan perumahan mampu milik. Katanya, sehingga kini kerajaan meluluskan pembinaan 70,000 rumah berkenaan di Lembah Klang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.