Benih awan Sabah hasil 67% hujan, liputi kawasan tadahan

Benih awan Sabah hasil 67% hujan, liputi kawasan tadahan

Proses itu dilaksanakan di tiga daerah terjejas akibat fenomena ElNino iaitu Papar, Lahad Datu, dan Tawau.

Timbalan Ketua Menteri III Shahelmey Yahya, berkata beberapa lokasi di Sabah mula terima hujan selepas pembenihan awan dijalankan bermula Khamis. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lalu di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67% hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Shahelmey Yahya.

Beliau berkata, selepas proses pembenihan awan dilakukan, beberapa lokasi di negeri itu mula menerima hujan termasuk di tempat yang disasarkan iaitu kawasan tadahan hujan.

“Ada juga tempat tidak menerima hujan tetapi dalam dua hari ini kita nampak awan-awan tebal dan di Kota Kinabalu pun ada sedikit hujan malam tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Seikhlas Budi Sesuci Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Sebelum ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaksanakan operasi pembenihan awan di tiga daerah terjejas kemarau di Sabah iaitu Papar, Lahad Datu, dan Tawau.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga menteri kerja raya negeri berkata kerajaan negeri menjadikan situasi kemarau di negeri itu pada tahun ini sebagai panduan sekiranya menghadapi situasi sama tahun depan.

Beliau berkata, cuaca panas dijangka akan berpanjangan pada tahun depan dan kerajaan negeri sentiasa membuat perancangan menghadapi sebarang kemungkinan kesan fenomena El Nino.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.