Agong sekali lagi tegas perangi rasuah tumpuan utama

Agong sekali lagi tegas perangi rasuah tumpuan utama

Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap ketua pesuruhjaya SPRM hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyerahkan madu kepada Azam Baki ketika ketua pesuruhjaya SPRM menghadap baginda di Istana Negara hari ini. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Seri Paduka Baginda.

Menerusi catatan di Facebook, Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki di Istana Negara hari ini.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda, yang turut menyerahkan madu kepada Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh “bulan madu”.

Dalam sesi pertemuan selama hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan antara lain mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.